NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kualiti jalan raya di Malaysia ke-12 paling teruk di dunia ?

Malaysia berada di kedudukan ke-12 sebagai negara yang memiliki kualiti jalan raya yang teruk, menurut kajian firma pendidikan pemandu, Zutobi.

Menurut data kajian itu, kualiti jalan di Malaysia merosot sebanyak 5% dalam lima tahun kebelakangan ini dan merekodkan jumlah kematian jalan raya kedua tertinggi iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang.
“Lebih 22 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang berlaku di lebuh raya di Malaysia, yang kedua tertinggi selepas Arab Saudi,” kata kajian itu.

Kuwait menduduki senarai teratas sebagai negara memiliki jalan raya paling teruk di dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Kuwait juga berada di kedudukan ketiga paling tinggi kemalangan jalan raya dengan 19 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.
Kajian itu yang menganalisis 59 negara, memberi Malaysia skor 3.32 mata daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, penambahbaikan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz jaringan jalan raya.

Singapore memperoleh skor paling tinggi dengan kadar kematian jalan raya paling rendah iaitu 1.69 bagi setiap 100,000 penduduk.

Laporan berasingan yang disiarkan Zutobi pada Mei lalu meletakkan Malaysia antara 10 negara paling bahaya untuk pemandu di samping Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai kadar kematian jalan raya berkaitan alkohol paling rendah dengan hanya 0.1% walaupun menjadi antara negara yang menetapkan tahap kandungan alkohol dibenarkan dalam darah pemandu yang agak tinggi iaitu 0.08 peratus.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo