NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes moral Anwar biar mahkamah selesai, calon PM PH kekal - Adli

ALOR GAJAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya `tergelak' dengan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, yang mempersoalkan kewajaran beliau dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

"Oh Latiff...kerusi dia (Mersing) pun belum tentu (menang)...kerusinya pun belum tentu..," katanya selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Melaka sempena Jelajah Mega Harapan Melaka, di Sungai Petai, Rembia, di sini, malam tadi.

Semalam, Abdul Latiff, yang juga penyandang kerusi Parlimen Mersing dilaporkan berkata, PH tidak wajar menamakan Presiden PKR itu sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abdul Latiff mendakwa, ini kerana kes mahkamah difailkan bekas pembantu Anwar, Yusof Rawther terhadap beliau masih belum selesai.
Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata apa pun dakwaan yang dikaitkan dengan Anwar sewajarnya ditentukan oleh mahkamah.

"Isu moral yang selalu ditujukan kepada Anwar adalah isu berulang yang disebut, tetapi kita melihat Anwar adalah calon terbaik (sebagai calon PM) berdasarkan pengalaman, kesungguhan dan segala pengalaman beliau dalam mengharungi rencam politik di negara ini.

"Justeru, saya harap Anwar diberikan peluang sebagai Perdana Menteri bagi membuktikan beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo