NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama UMNO-Pas-Bersatu tidak kesampaian kata Tuan Ibrahim


KUANTAN:
Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata timbalan presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap.

Kata Tuan Ibrahim, parti itu sebaliknya tetap dengan pendirian tidak akan tinggalkan Bersatu demi untuk bekerjasama dengan UMNO.

UMNO, tegas beliau, sepatutnya melihat kerjasama itu dalam kerangka yang lebih besar.

Kata beliau, hampir tiga tahun Pas berusaha supaya berlaku penyatuan antara UMNO, Pas dan Bersatu bagi membentuk sebuah gagasan yang kuat bagi menghadapi PRU15 namun kini tidak kesampaian.

"Pas ni kita setia dengan rakan kita walaupun UMNO letak syarat macam tu.

"Bagi kami tak boleh letak syarat demikian. Kalau kita nak penyatuan, kita melihat pada kerangka besar.

"Sebagaimana yang kita tahu, Pas tegas bersama Bersatu, bersama dengan gerakan untuk menghadapi Pilihan Raya ke-15 atas slogan Perikatan Nasional," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan UMNO pascakeputusan pilihan raya umum itu nanti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo