NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan pembubaran Dun Terengganu diketahui selepas Mesyuarat Harian PAS Pusat esok

Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu

PAS telah berulang kali menegaskan tentang ketidaksesuaian PRU 15 diadakan di saat negara bakal menghadapi suasana banjir yang kini bukan sahaja berlaku di Pantai Timur.

Rakyat boleh membuat berbagai-bagai andaian tentang tujuan dan kehendak pembubaran yang dipaksakan ini walaupun tinjauan awam menunjukkan lebih 2/3 rakyat tidak bersetuju untuk PRU15 diadakan pada ketika ini.

Memaksakan pilihanraya diadakan pada saat rakyat menghadapi kesusahan ini adalah sangat tidak sesuai dan memberikan indikasi bahawa parti yang mendesak adalah hanya memikirkan diri individu mereka sahaja.

Justeru itu, mereka yang menekan sehingga keputusan pembubaran ini dibuat merupakan liabiti pada negara dan wajar ditolak dalam PRU yang akan datang.

Apapun, sebarang keputusan pembubaran, akan disahkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian Parti Islam SeMalaysia (PAS) awal pagi esok.

Sekian.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo