NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kapal OPV1 milik Maritim Malaysia dilancarkan hari ini

Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilancarkan di Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto Facebook/APPM

PUTRAJAYA: Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilancarkan di Pelabuhan Klang, hari ini, kata Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Beliau, dalam kenyataan hari ini, berkata ri ini, berkata OPV1 dilancarkan ke air di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang jam 5.57 pagi tadi dengan menggunakan sistem pelancaran 'Air Balloon'.
THHE akan menghidupkan dan mentauliah sistem kapal, membuat ujian di laut serta menyediakan latihan kepada kru kapal selama tiga bulan sebelum majlis penyerahan kapal OPV 1 kepada Maritim Malaysia dibuat pada awal tahun depan.
Kapal OPV 1 berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar itu berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil.
Kapal yang direka bentuk mengikut kapal Damen 1800 itu, berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.
Mohd Zubil berkata selepas diserahkan kepada Maritim Malaysia, kapal OPV 1 dijangka beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali di Sarawak.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo