NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IJM dapat kontrak bina Hospital Kapar, menara pejabat LHDN

IJM Corporation Bhd

KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd (IJM), menerusi anak syarikat milik penuhnya IJM Construction Sdn Bhd, memperoleh dua kontrak di Selangor bernilai RM981.8 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Liew Hau Seng, berkata ia membabitkan kontrak pembinaan siap guna reka bentuk dan bina bernilai RM831 juta untuk hospital kerajaan baharu yang dilengkapi 312 katil di Kapar dan kontrak RM150.8 juta untuk membina menara pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Shah Alam.

Beliau berkata, kerja pembinaan Hospital Kapar dengan kemudahan perubatan pakar dijadualkan bermula pada November 2022 dan dijangka siap menjelang November 2026.

"Projek itu adalah usaha sama 60:40 antara IJM Construction dan Ganda Imbuhan Sdn Bhd.

"Pemberian kontrak ini jelas menunjukkan kekuatan IJM dalam sektor penjagaan kesihatan, mencerminkan rekod prestasi cemerlang kami dalam bidang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hau Seng berkata, kerja pembinaan untuk bangunan LHDN 18 tingkat pula dijadualkan bermula pada 1 November 2022 dan siap pada 31 Oktober 2025.

Beliau berkata, berikutan kejayaan projek itu, nilai perolehan kontrak tertunggak IJM Construction kekal memberangsangkan pada RM4.6 bilion, yang terdiri daripada gabungan sektor swasta dan awam serta pembinaan bangunan dan projek kejuruteraan awam yang memberikan keterlihatan pendapatan jangka pendek.

-BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo