NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas

Belon udara panas dilancarkan di Taman Negara Bersejarah Goreme di Cappadocia, Turki, pada 24 Ogos 2022. - Foto AFP

ANKARA: Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan.

Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru.

Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo