NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

HeiTech Padu dapat lanjutan kontrak daripada JPJ

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd memperoleh dua lanjutan kontrak berjumlah lebih RM23 juta untuk menyediakan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem mySIKAP di semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, dua kontrak itu bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2023.

Kontrak pertama adalah bagi penyelenggaraan dan sokongan teknikal infrastruktur ICT dan sistem mySIKAP di semua pejabat JPJ bernilai RM10.49 juta.

Ia adalah lanjutan kepada kontrak penyelenggaraan dan sokongan teknikal berjumlah RM36.25 juta yang diperolehnya tahun lalu untuk tempoh dari 6 September 2021 hingga 30 September 2022.

Kontrak kedua pula bernilai RM13.23 juta, untuk penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan teknikal bagi perkakasan dan perisian sistem kerangka utama JPJ, lanjutan daripada kontrak yang diterima syarikat itu pada 2020.

"Kedua-dua lanjutan kontrak terbabit dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023," katanya.

Saham HeiTech Padu ditutup rendah pada 65 sen hari ini selepas dibuka pada 66 sen dengan paras tertinggi harian pada 69 sen.

-BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo