NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga ikan dijangka pulih dua minggu lagi - Nekmat

Ketika ini nelayan tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga. - Gambar hiasan/Bernama

GEORGE TOWN: Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menjangkakan harga ikan di pasaran tempatan akan pulih dalam tempoh dua minggu lagi selepas tamat musim peralihan monsun sekarang ini.
Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata ketika ini bukan nelayan tidak turun ke laut malah mereka tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.
"Sejak kebelakangan ini, ikan memang ada tapi masih kurang dan ia secara tidak langsung harganya meningkat...kalau dulu nelayan pantai boleh dapat hasil tangkapan sehingga 100 kilogram(kg) setiap kali ke laut tapi sekarang 20 hingga 30kg sahaja, ini sebab musim peralihan monsun.
"Tapi dalam tempoh dua minggu lagi, kami jangkakan harga ikan akan kembali pulih malah kelaziman berlaku lambakan (hasil tangkapan) terutama di pantai barat," katanya di sini hari ini.
Akhbar melaporkan beberapa harga ikan termasuk ikan kembung yang merupakan ikan rakyat telah melonjak naik sehingga mence-cah RM16 sekilogram di beberapa negeri di utara berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak dua minggu lepas.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata pihaknya telah menyediakan stok ikan sejuk beku kira-kira 100 tan sebagai persedian jika negara dilanda banjir.
"Kami memang telah sediakan stok ikan sejuk beku bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan jika negara dilanda banjir dan di bawah program Q'Fish, kami jual pada harga RM10 sekilogram bagi ikan seperti selar, kembung dan selayang," katanya.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo