NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan #ManaKolejKami perjuang nasib mahasiswa terkesan dapat pembelajaran sempurna

Menurut KMUKM, ada pangsapuri yang didiami pelajar terbiar dan rosak dengan sangat teruk sehingga tidak selamat untuk dibuka untuk pelajar. - Sumber foto Gerakan #ManaKolejKami

GERAKAN #ManaKolejKami merupakan gabungan mahasiswa yang terkesan dengan masalah ketidakcukupan kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Gerakan ini diusahakan oleh mahasiswa sendiri tanpa didanai atau didukung oleh mana-mana parti politik di belakangnya
Pihak kami tidak memiliki sebarang kepentingan untuk meraih sokongan dalam menggerakkan usaha ini melainkan mengharapkan kebajikan dijaga.
Namun, atas kekesalan terhadap respon pihak pentadbiran, termasuklah Pusat Perumahan Pelajar, hal ehwal pelajar dan KMUKM sendiri dalam menghadapi isu kolej dan memberi respon awal semasa isu penempatan ini sangat kritikal adalah begitu lemah.
Dengan demikian, mahasiswa sendiri yang perlu mengambil inisiatif mendengar masalah pelajar dan mencari platform untuk menyuarakannya.
Jadi gerakan ini telah mengumpulkan persatuan-persatuan mahasiswa fakulti, anak negeri dan semua pihak dalam universiti yang terjejas untuk membawakan masalah ini agar didengari untuk pihak pentadbiran.
Dengan itu gerakan #ManaKolejKami menjalankan beberapa usaha awal iaitu sesi libat urus bersama KMUKM, mencari dana daripada NGO dan mana-mana penyumbang yang sudi membantu memberi bantuan deposit untuk pelajar, membawa isu ini bersama gerakan mahasiswa di peringkat nasional, memastikan isu kolej yang menjadi beban kepada pelajar B40 diketengahkan pentadbiran kerana telah menjadi beban untuk menyara diri mereka.
Dan hari ini kita bekerjasama dengan change.org untuk menggerakkan petisyen bagi diserahkan kepada pengurusan universiti.
Hari ini (28 Oktober 2022) jam 10 pagi, kita telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak pentadbiran dan kami menghargai serta berterima kasih atas kesudian mereka untuk menerima cadangan yang dibawakan serta mendengar masalah-masalah yang kita hadapi dan kami dimaklumkan berkaitan inisiatif jangka panjang yang akan dilaksanakan termasuklah berkaitan pembukaan kolej ke-14.
Malah, akan ada bantuan kewangan sebanyak RM900,000 yang dibuka kepada semua pelajar untuk memohon termasuklah para pelajar yang duduk di luar kampus.
Namun, pihak gerakan ingin menyampaikan kekesalan apabila inisiatif-insiatif tersebut seperti membaikpulih pangsapuri dan kediaman untuk pelajar, sistem merit untuk pemilihan kolej tidak dilaksanakan sebelum kemasukan semester lepas sehingga menyebabkan sekarang pelajar perlu menanggung liabiliti atas kelemahan sistem dan ketidakcekapan urus tadbir.
Pangsapuri terbiar dan rosak dengan sangat teruk sehingga tidak selamat untuk dibuka untuk pelajar diami.
Disebabkan itu juga, pihak kami akan sentiasa memperjuangkan nasib rakan-rakan mahasiswa yang telah terkesan pada sesi kali ini untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.
Akhir sekali, kami memgharapkan sokongan semua pihak dalam memperjuangkan isu penempatan pelajar sehingga ia dijadikan agenda utama pihak pentadbiran dalam menjaga kebajikan pelajar dan hal ini selaras dengan salah satu daripada 15 "manifesto mahasiswa" yang dituntut untuk diberikan perhatian.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo