NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Formula yang dicadangkan 1 vs 1

Iaitu Gabungan PN+BN vs PH, tetapi yang dipaksa terima kepada PAS ialah BN vs PN vs PH, iaitu Formula pertembungan 3 Penjuru bagi Gabungan Parti-parti Utama di Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Asyraf Wajdi Dusuki menaikkan posting menceritakan ‘Rahsia pertemuan 8 mata di antara 4 Pimpinan Utama PAS dan UMNO’ pada 12 Oktober 2022 lalu.

‘Rahsia’ tersebut menggambarkan seolah-olah hanya 1 belah pihak sahaja yang bersalah dan 1 belah pihak teraniaya dan dikhianati. Agak berat sebelah cerita dan tohmahan yang menjadi sebaran umum tersebut.

Mungkin Ustaz Asyraf terlupa dengan Restu yang diberikan ketika Program Pergerakan Pemuda UMNO-Bahagian Kuala Terengganu awal tahun lepas, yang secara Terang-terangan menyatakan kesediaan UMNO Melawan PAS di Terengganu. 

Di Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula, sekali lagi Ketua Puteri UMNO mengucapkan ‘Sayonara PAS’ di hadapan Perwakilan UMNO. Tidak cukup dengan itu, Pemimpin-pemimpin Utama UMNO samada di Peringkat Pusat mahupun di Terengganu berterusan membuat kenyataan untuk Menentang PAS pada PRU ke-15.

Berbeza dengan PAS yang secara sebulat suara di Muktamar Agung PAS 2022, menegaskan betapa Pentingnya Penyatuan Ummah ini dan akan berusaha untuk mengandingkan UMNO, PAS , dan BERSATU sebagai 1 Pasukan berhadapan dengan Musuh Politik Utama iaitu Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dap.

UMNO hendaklah mengisafi segala perbuatan yang telah dilakukan selama ini. Ketika masih berkawan (MN) masih mahu berlawan, apatah lagi ketika bertembung, segala Tohmahan dan Kesalahan dihalakan kepada PAS.

PAS meminta Pilihan Raya diadakan selepas bulan MAC 2023, tidak diendahkan. PAS mengajak UMNO dan BERSATU lupakan persengketaan bagi menghadapi PRU 15, juga tidak mahu dituruti. 

Jentera PAS telah diarahkan untuk menjalankan kempen secara berhemah dan berhikmah. Di Medan PRU, PAS dan UMNO akan bertembung, namun secara hakikatnya Muafakat Nasional, Penyatuan Ummah, persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa terjalin.

Jadikanlah Kempen PRU ini, sebagai Medan Penerangan bagi menjelaskan Kelebihan dan juga Tawaran kepada Rakyat. 

PRU 15, ialah Medan Kuasa bagi Rakyat melantik Pemimpin Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri-negeri yang bertanding. Pilihlah Pemimpin yang berhajat untuk menjaga Rakyat, dan bukannya sebagai Medan untuk Menyelamatkan Pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan Penyalahgunaan Kuasa.

MMI
15.10.22

#MalaysiaSejahtera
#PenyatuanUmmah

Sumber : FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo