NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Egen Mossad itu memang bukan ahli PKR, tetapi rakyat tahu apa maksud simbol ‘MATA DAJAL’


Kes penglibatan rakyat Malaysia sebagai ejen Mossad telah tertular dalam medsos dan ia telah menjadi kes ekslusif PDRM dan tidak boleh ada mana-mana pihak yang cuba masuk campur serta menggangu proses siasatan polis.

MOSSAD adalah agensi perisikan Israel yang mempunyai misi mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari segenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab. Mossad juga boleh disamakan dengan CIA, M16 dan sebagainya.

Beberapa orang telah ditangkap di sebuah rumah penginapan (challet) di Kuala Langat, namun amatlah salah bagi medsos menyiarkan nama-nama mereka kerana mereka sudah disenaraikan sebagai saksi kes siasatan.

Dua hari lalu (18 Okt) laman web Defence Security Asia juga telah melaporkan bahawa wujud jaringan perisikan Mossad di Malaysia yang dipercayai diketuai oleh seorang wanita warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan 30-an.

Laporan itu menyatakan bahawa wanita tersebut telah dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut sebagai ejen perisikan negara Israel, Mossad sebelum 2018.

Ia adalah tahun yang sama di mana pensyarah Palestin, Dr Fadi Mohamed al-Batsh, 35, ditembak mati oleh beberapa individu tidak dikenali ketika beliau mahu menunaikan solat Subuh di sebuah surau berhampiran rumahnya Kuala Lumpur.

Dr Fadi telah ditembak sebanyak 14 kali dan kedua-dua lelaki yang memiliki ciri-ciri etnik Timur-Tengah dan menggunakan passport Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia telah menghilangkan diri selepas menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus.

Media-media Israel yang memetik sumber keselamatan Israel mengatakan pensyarah Palestin itu bukan ahli akademik sembarangan tetapi Allahyarham adalah pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu lagi, selepas direkrut oleh Mossad, wanita warga tempatan itu telah dihantar untuk menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah untuk mendalami ilmu perisikan.

Wanita itu juga sebagaimana didakwa oleh akhbar itu, telah diberikan wang tunai sebanyak RM120, 000.

Dalam kes penculikan bulan lalu di Kuala Lumpur, wanita itu dipercayai menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengekori dua warga Palestin.

Kemudian rakyat Malaysia dikejutkan dengan foto yang didakwa sebagai wanita tersebut dan suaminya di London yang mempamerkan bendera PKR setelah PH menang PRU14 pada Mei 2018.

Pihak bahagian penerangan PKR telah menafikan bahawa wanita tersebut adalah ahli PKR, apatah lagi menjadi pemimpin PKR di mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan langsung dengan PKR.

Walau bagaimana pun rakyat tertanya-tanya apakah maksud Presiden PKR apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa “Saya menyokong semua usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel?”

Malahan rakyat tertanya-tanya juga mengapakah PKR menggunakan logo mata ‘Dajal’ sebagai simbul parti, sedangkan banyak simbul lain yang boleh digunakan untuk mengangkat falsafah ‘keadilan’?

Lantas bungkah-bungkah fakta daripada medsos itu semua susah untuk membuang persepsi rakyat terhadap PKR dan hubungan mereka dengan Israel.

Ia ditujah lagi dengan kenyataan Anwar tentang pluralisme agama, yang menyamakan semua agama dan Tuhan yang disembah, sebagaimana ucapannya di University of London suatu ketika dahulu.


 Ia juga mewajarkan ucapan Anwar apabila dia menyokong pemurtadan seorang wanita Muslim, yang digelar Lina Joy di Malaysia, sebagai menegakkan hak asasi manusia.

 

Sumber | cungkils.com



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. KAMU TELAH MENCURI ARTIKEL KAMI TANPA MELETAKKAN MERIT PADA BLOG KAMI cungkils.com INI PERBUATAN MENCURI HAK CIPTA YANG SUNGGUH HINA - Dr Mamat Desa

    ReplyDelete
    Replies
    1. artikel drp laman berkenaan. Tapi saya pun nak klim juga, Saya adalah admin mindarakyat. ada juga print skrin MR

      Delete
  2. Kami sertakan logo minda rakyat..bukan bermakna kami ambil tanpa kredit.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo