NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu dijangka bertanding di Parlimen Hulu Terengganu


KUALA TERENGGANU –
Jika berdasarkan Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) lepas, parti Bersatu dijangka kekal bertanding di kawasan Parlimen Hulu Terengganu pada PRU15 ini, namun keputusan muktamad akan ditentukan oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman.

Beliau berkata, setakat ini tidak timbul masalah mengenai pembahagian kerusi di Terengganu kerana parti-parti komponen PN mempunyai kerjasama yang baik.

“Kalau ikut status quo begitulah, Bersatu di Hulu Terengganu kerana itu kawasan Parlimen mereka,” katanya dalam sidang media di sini.

Selain Pas dan Bersatu, lain-lain parti komponen dalam PN adalah adalah Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Daripada lapan kerusi Parlimen Terengganu, buat masa ini lima dikuasai oleh PAS dan masing-masing satu oleh Barisan Nasional (UMNO), Bersatu dan Bebas.

Mengenai penggunaan logo Pas oleh Bersatu, Ariffin berkata, setakat ini keputusan itu dipersetujui, dan semua jentera Pas akan membantu kempen calon PN daripada Bersatu yang akan bertanding. – Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo