NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua penyandang, seorang muka baru jadi calon DAP di wilayah tengah Sarawak

The Democratic Action Party (DAP).

SIBU, 22 Okt (Bernama) -- DAP Sarawak mengekalkan dua penyandang dan mempertaruhkan seorang muka baharu untuk bertanding di tiga kerusi di wilayah tengah Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dua penyandang itu ialah Alice Lau Kiong Yieng akan mempertahankan kerusi Parlimen Lanang dan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) yang dimenangi mereka pada PRU14.

Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Tony Chiew pula diketengahkan bagi bertanding di kerusi Parlimen Bintulu.

Pengumuman calon-calon itu dibuat Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada majlis makan malam DAP Sibu di sini malam ini, yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Semalam, Chong mengumumkan DAP Sarawak akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU15 iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Bintulu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal 15 Nov.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo