NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PM Britain: Johnson sudah ada 100 sokongan

Boris Johnson. - AP



LONDON: Boris Johnson dilapor memiliki 100 sokongan penggubal undang-undang, sekali gus memungkinkan nama beliau disenarai dalam kertas undi untuk menggantikan Liz Truss sebagai perdana menteri Britain.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengulas Politik Sunday Times, Tim Shipman, melalui Twitter dengan memetik sumber yang tidak dinamakan, namun didakwa rapat dengan bekas perdana menteri itu.

BBC dan Sky News juga melaporkan secara berasingan bahawa Johnson, yang tiba di London lebih awal pada Sabtu selepas bercuti di Caribbean, kini mempunyai lebih daripada 100 penyokong.

Walaupun Johnson belum secara rasmi mengisytiharkan akan bertanding dalam pertandingan itu, penyokongnya dan ahli parlimen Konservatif, James Duddridge, berkata semalam bahawa Johnson ada memberitahunya bahawa dia 'bersedia' untuk itu".

Terdahulu, Johnson dilapor menaiki penerbangan ke Britain dalam usahanya menjadi perdana menteri kali kedua, beberapa minggu selepas dipaksa berundur daripada jawatan itu.

Beliau dikatakan sedang bercuti di Caribbean apabila Truss meletak jawatan.

Bekas perdana menteri itu dilapor menerima sokongan puluhan penggubal undang-undang Konservatif, namun perlu mendapatkan 100 pencalonan untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Truss. - REUTERS


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo