NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Debat tak bawa hasil, lebih baik jaga kepentingan rakyat, kata Ismail


KUANTAN:
Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih baik beliau menjaga kepentingan rakyat berbanding berdebat yang tidak membawa sebarang hasil selepas ia selesai.

Beliau berkata, ia boleh disaksikan menerusi sesi debat Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Ahmad Shabery Cheek dan Anwar dengan bekas perdana menteri, Najib Razak pada Mei lalu.

“Saya sudah mengatakan dari segi debat ini tidak membawa hasil pun…setakat habis debat, habislah. Orang ini bawa penyokong, orang itu bawa penyokong dan penyokong bersorak-sorak dalam dewan. Itu saja.

“Kita dalam kerajaan lebih daripada berdebat. Kita pastikan apa yang dirancang (dan) diumumkan dilaksanakan. Kalau timbul masalah (seperti) kos sara hidup meningkat, kita kena tengok keadaan ini untuk mengurangkan beban rakyat.

“Tugas kerajaan itu banyak dan tugas kita bukan setakat bercakap, tetapi kita juga melaksanakan,” katanya selepas Kenduri Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang di sini.

Turut hadir Menteri Pertahanan sementara, Hishammuddin Hussein, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta kerajaan pusat.

Ismail berkata, pendirian itu berbeza daripada parti pembangkang yang boleh bercakap apa saja kerana mereka tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan.

“Mereka tidak perlu melaksanakan kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan (perkara yang diperkatakan) kerana mereka bukan kerajaan. Sedangkan kita (kerajaan) bila berjanji, mesti kita laksanakan.”

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, yang menyuarakan kesediaan berdebat dengan mana-mana calon perdana menteri parti lain sebelum pilihan raya umum ke-15.

Sebelum itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi ceramah di Temerloh mencadangkan perdebatan antara calon perdana menteri daripada tiga parti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo