NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh bincang jika Umno berjiwa besar, kata Redzuan


PETALING JAYA:
Penyandang kerusi Parlimen Alor Gajah dari Bersatu, Mohd Redzuan Yusof berpandangan partinya masih terbuka jika Umno mahu berbincang untuk mengadakan kerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi ketika Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan sebelum ini berkata, kerjasama itu tidak mustahil andai Umno sedia untuk berubah.

“Saya ada sikit kekecewaan. Nombor satu, antara sebab orang Melayu ketinggalan di belakang adalah kegagalan kita bersatu. Kedua, saya masih lagi mahu berwawasan mahu melestarikan kepimpinan Melayu untuk semua kaum. Untuk mempamerkan ciri-ciri yang baik.

“Tetapi adakah pihak yang kita nak bersatu ini (Umno) mahu mengorbankannya? (kepentingan parti) berjiwa besar dan reformasi?. Yang merasakan diri mereka, yang disebutkan atas pentas “kalau kita tak berkuasa, kau, kau, kena (saman di mahkamah), kau kena, kau kena”. Kalau itu (sedia Umno) tinggalkan…tak ada masalah (nak kerjasama),” katanya kepada FMT.

PAS sebelum ini mengumumkan akan bersama PN mendepani PRU15 dan parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu masih terbuka untuk berbincang dengan parti lain, tetapi tidak untuk Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Umno turut mengumumkan untuk bergerak solo pada pilihan raya kali ini selepas PAS mahu terus bersama PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 20 Okt ini bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya termasuk tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Redzuan yang memutuskan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Alor Gajah yang disandangnya kini berkata, PN berjaya membuktikan gagasannya mampu mentadbir negara dengan baik, meskipun hanya bertahan selama 17 bulan.

“PN telah diberi sedikit ruang untuk mempamerkan itu dalam keadaan yang begitu mencabar.

“Apa yang didendangkan oleh BN ataupun menteri-menteri di dalam kerajaan hari ini, apa yang Perdana Menteri, Ismail Sabri kata, kita berjaya dengan pertumbuhan KDNK. Tapi rakyat kena ingat itu adalah hasil daripada inisiatif yang kerajaan PN wujudkan dulu.

“Benda (inisiatif) itu berjalan, ketika itu menteri kewangan daripada Bersatu. Maksudnya pertumbuhan 8.62% KDNK negara adalah hasil daripada inisiatif PN, bukan hasil kerajaan Keluarga Malaysia”, tegasnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo