NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Betul ke Zahid Tawar Anwar Jadi PM, dia Jadi TPM untuk kerajaan selepas Ismail Sabri?


Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh politik telah berjumpa dengannya dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, antara lain meminta sokongan mereka untuk membentuk kerajaan baharu.

Namun, katanya, PH menolak permintaan itu.

“Kita kata enough is enough. Tak apa la kamu bubar, kita berdepan pilihan raya.

“Banjir pun nak buat macam mana kalau banjir. Kalau banjir kita berenang ke tempat mengundi. Sebab kalau berlaku banjir itulah kehendak (Presiden Umno) Zahid Hamidi,” katanya.

Dia menambah BN akan menggunakan jentera kerajaan mengangkut penyokong-penyokong mereka ke pusat pengundian semasa banjir.

Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Okt lalu, selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut spekulasi, naib presiden Umno itu menerima tekanan hebat daripada partinya, khususnya daripada Zahid, untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Ini di sebalik penentangan daripada parti pembangkang yang berpendapat bahawa pilihan raya umum perlu diadakan selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, Umno dan Ismail Sabri turut menyalahkan 12 menteri kabinet daripada Perikatan Nasional yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana membantah pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri berhujah bahawa kedudukannya menjadi tidak dapat dipertahankan selepas 12 menteri PAS dan Bersatu itu membelakanginya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo