NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bertanding di Sungai Buloh: Saya tak tahu apa-apa, kata KJ


PUTRAJAYA:
Ketika cakap-cakap mengenai kemungkinan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang, Khairy Jamaluddin sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak tahu di mana dirinya akan bertanding.

Menteri kesihatan itu memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa beliau tidak diberi sebarang maklumat terkini daripada Umno mengenai kawasan yang akan diperuntukkan kepadanya.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya ketika ditanya khabar angin bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Sungai Buloh.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, terpulang kepada pemimpin Umno untuk membuat keputusan dan beliau bersedia menerima mana-mana kawasan yang mereka berikan kepadanya.

Minggu lalu, sumber Umno di Sungai Buloh memberitahu FMT bahawa Khairy hampir disahkan sebagai calon Umno untuk kerusi itu.

Sumber berkata, Sungai Buloh mungkin kerusi yang sukar, tetapi percaya Khairy akan berjaya kerana popularitinya, terutama sejak beliau menjadi menteri kesihatan pada Ogos tahun lalu dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik.

Bagaimanapun, sumber MIC berkata jentera parti itu tidak akan menyokong calon Umno di Sungai Buloh, kerana ia dianggap sebagai kerusi tradisinya.

Khairy yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau berkata, bulan lalu beliau telah diberitahu untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, yang merupakan ketua bahagian Rembau dan bekas menteri besar Negeri Sembilan bertanding di kerusi Rembau.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata beliau “hampir pasti” diberi kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Pada PRU14, kerusi Sungai Buloh dimenangi oleh R Sivarasa dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 26,634 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon BN Prakash Rao Applanaidoo dan calon daripada PAS.

Sivarasa digugurkan oleh PKR untuk bertanding mempertahankan kerusi itu PRU15.

PH akan meletakkan Ramanan Ramakrishnan, yang merupakan bekas bendahari agung MIC bertanding di kerusi itu pada PRU15 kali ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo