NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersama ISLAM : Bersih dan Stabil (BEST)

Minda Presiden PAS
[Bil: 60 / 2022]

BERSAMA ISLAM: BERSIH DAN STABIL (BEST)

Al-Quran meletakkan acuan pemerintahan negara yang dijanjikan bersih dan stabil melalui firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ¹َŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ŲµَّٰŁ„ِŲ­َٰŲŖِ Ł„َŁŠَŲ³ۡŲŖَŲ®ۡŁ„ِŁَŁ†َّŁ‡ُŁ…ۡ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁƒَŁ…َŲ§ Ł±Ų³ۡŲŖَŲ®ۡŁ„َŁَ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł…ِŁ† Ł‚َŲØۡŁ„ِŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŁŠُŁ…َŁƒِّŁ†َŁ†َّ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ ŲÆِŁŠŁ†َŁ‡ُŁ…ُ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł±Ų±ۡŲŖَŲ¶َŁ‰ٰ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŁŠُŲØَŲÆِّŁ„َŁ†َّŁ‡ُŁ… Ł…ِّŁ†ۢ ŲØَŲ¹ۡŲÆِ Ų®َŁˆۡŁِŁ‡ِŁ…ۡ Ų£َŁ…ۡŁ†ٗŲ§ۚ ŁŠَŲ¹ۡŲØُŲÆُŁˆŁ†َŁ†ِŁŠ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ“ۡŲ±ِŁƒُŁˆŁ†َ ŲØِŁŠ Ų“َŁŠۡ‍ٔٗŲ§ۚ ŁˆَŁ…َŁ† ŁƒَŁَŲ±َ ŲØَŲ¹ۡŲÆَ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ ŁَŲ£ُŁˆْŁ„َٰٓŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁَٰŲ³ِŁ‚ُŁˆŁ†َŁ„Ł„﴾

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia (Allah) sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia (Allah) telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia (Allah) akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya (Islam) untuk mereka, dan Dia (Allah)  benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku (Allah) dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Ku (Allah). Dan sesiapa yang (tetap) kufur (ingkar melawan) sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Nur: 55)

Begitulah ketetapan Allah SWT yang meletakkan syarat beriman dan mengerjakan amal yang soleh dengan ikhlas niatnya kerana-Nya, lalu Islam itu diizinkan berkuasa dalam sebuah negara yang bersifat adil kepada semua. 

Sehinggakan, negara itu kemudiannya berjaya mewujudkan kepimpinan yang bersih daripada sebarang salah laku, penyelewengan dan kezaliman, serta mewujudkan keamanan dan kestabilan. Hal ini demikian kerana, wujud keadilan yang menyeluruh dalam segala aspek pemerintahan, pentadbiran, kehakiman, ekonomi dan masyarakat majmuk, serta hukumannya yang mendidik masyarakat. 

Firman Allah SWT:

﴿Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų£ُŲ®ۡŲ±ِŲ¬ُŁˆŲ§ْ Ł…ِŁ† ŲÆِŁŠَٰŲ±ِŁ‡ِŁ… ŲØِŲŗَŁŠۡŲ±ِ Ų­َŁ‚ٍّ Ų„ِŁ„َّŲ§ٓ Ų£َŁ† ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§ْ Ų±َŲØُّŁ†َŲ§ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُۗ ŁˆَŁ„َŁˆۡŁ„َŲ§ ŲÆَŁۡŲ¹ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ ŲØَŲ¹ۡŲ¶َŁ‡ُŁ… ŲØِŲØَŲ¹ۡŲ¶ٖ Ł„َّŁ‡ُŲÆِّŁ…َŲŖۡ ŲµَŁˆَٰŁ…ِŲ¹ُ ŁˆَŲØِŁŠَŲ¹ٞ ŁˆَŲµَŁ„َŁˆَٰŲŖٞ ŁˆَŁ…َŲ³َٰŲ¬ِŲÆُ ŁŠُŲ°ۡŁƒَŲ±ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ł±Ų³ۡŁ…ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٗŲ§ۗ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ†ŲµُŲ±َŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…َŁ† ŁŠَŁ†ŲµُŲ±ُŁ‡ُŪ„ٓۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŁ‚َŁˆِŁŠٌّ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌŁ¤Ł ﴾

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj: 40)

Sejarahnya terbukti selepas kemenangan Islam dicapai pada zaman Rasulullah SAW, para Khulafa’ al-Rasyidin dalam kalangan para sahabat RA dan juga pengikut yang setia bersama Islam, apabila Islam itu dilaksanakan dengan sempurna. Sehinggakan, Islam berjaya memerintah negara besar yang luas perbatasannya meliputi Asia Tengah, Asia Tenggara, Afrika Utara dan Eropah Selatan (Sepanyol dan Portugal), dalam keadaan rakyatnya yang paling majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama berada di bawah kerajaan Islam yang adil, bersih dan stabil. 

Kerajaan yang adil terhadap semua dengan berpandukan perintah al-Quran terbukti membawa nilai bersih dan berintegriti yang sebenar serta mewujudkan kestabilan dalam negara. Pemimpin negara dilantik dalam kalangan mereka yang memenuhi syarat-syarat untuk memimpin, lalu menjadi pemimpin yang beriman, budiman, berilmu dan beramal soleh.

Islam berjaya menetapkan syarat berintegriti bukan sahaja berilmu dan berakhlak yang menjadi keutamaannya, tetapi perkara yang paling penting ialah beriman. Iman akan menjadikan seseorang itu patuh kepada undang-undang bukanlah disebabkan hukuman dunia semata-mata, bahkan juga takut akan hukuman akhirat yang lebih berat dan dahsyat mengikut perhitungan pahala dan dosa. 

Ciri-ciri mereka yang berkuasa menjadi kerajaan dalam Islam, dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų„ِŁ† Ł…َّŁƒَّŁ†َّٰŁ‡ُŁ…ۡ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų£َŁ‚َŲ§Ł…ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ŲµَّŁ„َŁˆٰŲ©َ ŁˆَŲ”َŲ§ŲŖَŁˆُŲ§ْ Ł±Ł„Ų²َّŁƒَŁˆٰŲ©َ ŁˆَŲ£َŁ…َŲ±ُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ…َŲ¹ۡŲ±ُŁˆŁِ ŁˆَŁ†َŁ‡َŁˆۡŲ§ْ Ų¹َŁ†ِ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ†ŁƒَŲ±ِۗ ŁˆَŁ„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų¹َٰŁ‚ِŲØَŲ©ُ Ł±Ł„ۡŲ£ُŁ…ُŁˆŲ±ِŁ¤Ł”﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (berkuasa menjadi kerajaan), nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf (kebajikan) dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar (haram); dan kepada Allah jua kembali segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41)

Para pemimpin yang bersolat sentiasa berhubung dengan Allah SWT, bermuhasabah dirinya, berzakat melaksanakan ekonomi yang adil, berkebajikan dalam segala aspek dan hebat dalam mencegah kemungkaran, serta berwawasan akhirat (percaya tentang adanya balasan dosa dan pahala). 

Pemerintahan Islam yang mempunyai ciri-ciri tersebut dan melaksanakan syariat yang sempurna berjaya mewujudkan keamanan dan kestabilan. Bahkan dihormati rakyat kerana keadilannya, bukannya rakyat takut akan kezalimannya. Sepertimana yang telah dijanjikan dalam ayat al-Quran pada awal tulisan ini dan sabda Rasulullah SAW setelah Islam itu berkuasa:

‌ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ‌Ł„َŁŠُŲŖِŁ…َّŁ†َّ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ‌Ł‡َŲ°َŲ§ ‌Ų§Ł„ْŲ£َŁ…ْŲ±ُ ‌Ų­َŲŖَّŁ‰ ‌ŁŠَŲ³ِŁŠŲ±َ ‌Ų§Ł„Ų±َّŲ§ŁƒِŲØُ ‌Ł…ِŁ†ْ ‌ŲµَŁ†ْŲ¹َŲ§Ų”َ ‌Ų„ِŁ„َŁ‰ ‌Ų­َŲ¶ْŲ±َŁ…َŁˆْŲŖَ ‌Ł„َŲ§ ‌ŁŠَŲ®َŲ§Łُ ‌Ų„ِŁ„َّŲ§ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ‌ŁˆَŲ§Ł„Ų°ِّŲ¦ْŲØَ ‌Ų¹َŁ„َŁ‰ ‌ŲŗَŁ†َŁ…ِŁ‡ِ ‌ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّŁƒُŁ…ْ ‌ŲŖَŲ³ْŲŖَŲ¹ْŲ¬ِŁ„ُŁˆŁ†َ.

“Demi Allah! Sesungguhnya, urusan agama Islam dapat disempurnakan (apabila berkuasa) sehingga orang musafir daripada Sana‘a di negeri Yaman hingga Hadhramaut tidak merasa takut lagi (kepada gangguan penjenayah), melainkan takut kepada Allah dan bahaya binatang seperti serigala yang menangkap kambing.” (Riwayat al-Bukhari 3612)

Hal ini menunjukkan bahawa Islam berjaya mewujudkan keamanan dan kestabilan kerana kehebatan undang-undang syariat yang mendidik masyarakat dan menakutkan penjenayah. Akhirnya, kerajaan itu dikasihi oleh rakyat kerana sifat adilnya.

Adapun kejatuhan kerajaan Islam berlaku, setelah kerajaannya meninggalkan ajaran Islam. Namun, ajaran Islam tetap terpelihara dalam kitab suci al-Quran. Kumpulan yang mempertahankan ajaran Islam tetap wujud sepanjang zaman dan di seluruh dunia.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berusaha memenuhi syarat-syarat tersebut dengan menapis semua nama calon-calon yang dicadangkan bertanding dalam pilihan raya. Setiap daripada mereka wajib mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama, kemudian dilakukan baiah (janji setia) dan sumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila menjadi pemimpin.

Selain itu, PAS juga pernah menubuhkan satu Jabatan Hisbah yang diketuai oleh Almarhum Tun Mohamed Salleh Abas dan membuat persediaan untuk memperkasakan undang-undang syariat Islam. Akan tetapi, usaha tersebut dihalang oleh bidang kuasa kerajaan negeri yang terbatas dan bidang kuasa kerajaan pusat yang membatalkannya. Maka, tujuan PAS bagi mewujudkan kerajaan yang bersih dan stabil terhalang ketika itu. 

Namun sehingga kini, PAS telah berjaya membuktikan kerajaan yang bersih daripada rasuah, apabila memerintah dengan kuasa yang terbatas di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Termasuklah mengemudi beberapa kementerian yang ditugaskan kepada PAS mulai tahun 1974 hingga 1978 ketika menyertai kerajaan campuran pada era Almarhum Tun Abdul Razak dahulu, dan terkini dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Dalam tempoh yang paling lama PAS memerintah di Kelantan sebanyak dua kali, pertamanya dari tahun 1959 hingga tahun 1978 dan kali kedua pada tahun 1990 sehingga kini yang sudah lebih 30 tahun. 

Adapun di Terengganu, PAS memerintah sebanyak tiga kali, kali pertama dari tahun 1959 hingga tahun 1961, kali kedua dari tahun 1999 hingga tahun 2004 dan kali ketiga dari tahun 2018 sehingga kini. Di Kedah, PAS memimpin kerajaan campuran dari tahun 2008 hingga 2012 dan dari tahun 2020 hingga kini. 

Semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS bersih daripada tuduhan rasuah dan terbuka bebas kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keadaan ini sangat berbeza dengan kerajaan PH di beberapa negeri dan peringkat pusat yang ternyata mempunyai tuduhan rasuah, malah dihentikan perbicaraan dan siasatannya. Dalam Barisan Nasional (BN) juga, ada yang telah dihukum, dituduh dan diseret dengan tuduhan rasuah ke mahkamah, tetapi tidak dibatalkan kes mereka sepertimana PH. 

Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh PAS belum terbukti adanya mereka yang dikenakan tuduhan dan tiada pula yang dibawa ke mahkamah.

Adapun, dari sudut kestabilan pula boleh dilihat di negeri-negeri yang mempunyai pendidikan agama yang banyak dan menjadi kubu PAS kerana masih terpeliharanya akhlak Islam. Sejarah membuktikan bahawa peristiwa 13 Mei 1969 tidak berlaku di negeri-negeri yang menjadi kubu kuat PAS seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. 

Sebaliknya, tragedi itu merebak dengan dahsyat di negeri-negeri yang menjadi kubu kuat DAP yang menunjukkan kesan daripada sifat ekstrem dalam hubungan antara kaum. 

Dalam pada itu, PAS memperjuangkan undang-undang pencegahan rasuah yang bersifat holistik. Suatu undang-undang yang bukan hanya bertindak terhadap penerima rasuah sahaja, bahkan bertindak lebih keras terhadap pemberi rasuah yang wajib menerima hukuman yang lebih berat, serta pendidikan akhlak dan iman tentang adanya dosa pahala dan hukuman akhirat. 

Apa yang berlaku hari ini, hukuman hanya dijatuhkan terhadap penerima rasuah sahaja. Adapun pemberi rasuah terlepas hukuman kerana ada kaitannya dengan politik wang yang diberikan oleh mereka kepada parti-parti politik. 

Sehinggalah amalan rasuah itu merebak dan tidak boleh dikawal daripada memasuki dalam pemilihan parti-parti kerajaan BN dan PH. Hal ini termasuklah membeli undi pilihan raya yang menjadikan rasuah itu laksana wabak yang sangat membahayakan masa depan negara kita. 

Kini, pemberi rasuah itu beralih pula kepada PH ketika menjadi kerajaan dan berkuasa dalam tempoh masa yang singkat. Keadaan tersebut masih berterusan kerana mereka mengharapkan supaya PH menjadi kerajaan semula dengan bantuan pemberi rasuah. Maka, keadaan akan menjadi lebih parah kerana adanya gabungan pemberi rasuah dan penerima rasuah yang dilaknat Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ł„َŲ¹َŁ†َ ‌Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ‌Ų§Ł„Ų±َّŲ§Ų“ِŁŠَ ‌ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ±ْŲŖَŲ“ِŁŠَ. 

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Ahmad 9023, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain)

Kalangan mereka yang beragama Islam dalam PH, terdapat sebahagiannya yang terlibat sama bergelumang dengan rasuah, malah ada juga yang mengelirukan kerana pada zahirnya kelihatan baik dan mempunyai semangat berapi-api untuk melawan rasuah. Namun, hakikatnya melawan rasuah terhadap penerima rasuah sahaja, bukannya terhadap pemberi rasuah. 

Lebih buruk lagi, apabila mereka menjadi bisu dengan mendiamkan diri terhadap kemungkaran yang lebih besar terhadap pemberi rasuah. Bahkan, juga terhadap perkara yang lebih mungkar daripada itu seperti perbuatan menghina Islam dan merendahkan kedudukan mahkamah syariah sehingga dihina. Malah, banyak lagi kemungkaran yang lain yang sedang berlaku dan akan berlaku kalau dibiarkan. 

Firman Allah SWT: 

﴿ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ„ۡŲØِŲ³ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚َّ ŲØِŁ±Ł„ۡŲØَٰŲ·ِŁ„ِ ŁˆَŲŖَŁƒۡŲŖُŁ…ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚َّ ŁˆَŲ£َŁ†ŲŖُŁ…ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َŁ¤Ł¢﴾

“Dan janganlah kamu mencampuradukkan perkara yang hak dengan perkara yang batil, dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang hak itu sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 42)

Sabda Rasulullah SAW:

Ų„ِŁ†َّŁ…Ų§ Ł…َŲ«َŁ„ُ Ų§Ł„Ų¬َŁ„ِŁŠŲ³ِ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­ِ، ŁˆŲ§Ł„ْŲ¬َŁ„ِŁŠŲ³ِ Ų§Ł„Ų³َّŁˆْŲ”ِ، ŁƒَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ِ Ų§Ł„Ł…ِŲ³ْŁƒِ، ‌ŁˆَŁ†َŲ§ŁِŲ®ِ Ų§Ł„ŁƒِŁŠŲ±ِ، ŁَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ُ Ų§Ł„Ł…ِŲ³ْŁƒِ: Ų„Ł…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠُŲ­ْŲ°ِŁŠَŁƒَ، ŁˆŲ„Ł…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲØْŲŖَŲ§Ų¹َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ، ŁˆَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ Ų±ِŁŠŲ­ًŲ§ Ų·َŁŠِّŲØَŲ©ً، ŁˆَŁ†َŲ§ŁِŲ®ُ Ų§Ł„ŁƒِŁŠŲ±ِ: Ų„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠُŲ­ْŲ±ِŁ‚َ Ų«ِŁŠَŲ§ŲØَŁƒَ، ŁˆَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ų±ِŁŠŲ­ًŲ§ Ų®َŲØِŁŠŲ«َŲ©ً.

“Sesungguhnya, perbandingan seorang yang bersama orang yang soleh dan bersama orang yang jahat, laksana berada di sisi pembawa bauan harum dan tukang besi. Jika bersama pembawa bauan harum, nescaya disapu bauannya yang harum kepadamu atau kamu membelinya atau kamu dapat mencium baunya yang harum. Adapun tukang besi, sama ada terkena percikan bara apinya yang membakar pakaianmu atau mencium bau yang busuk.” (Riwayat al-Bukhari 2101 dan Muslim 2628)

Kita hendaklah bersama ajaran Islam yang sempurna, sepertimana firman Allah SWT:

﴿ŁŠَٰٓŲ£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ Ł±ŲÆۡŲ®ُŁ„ُŁˆŲ§ْ ŁِŁŠ Ł±Ł„Ų³ِّŁ„ۡŁ…ِ ŁƒَŲ§ٓŁَّŲ©ٗ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ُŁˆŲ§ْ Ų®ُŲ·ُŁˆَٰŲŖِ Ł±Ł„Ų“َّŁŠۡŲ·َٰŁ†ِۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ Ł„َŁƒُŁ…ۡ Ų¹َŲÆُŁˆّٞ Ł…ُّŲØِŁŠŁ†ٞŁ¢Ł ŁØ﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah: 208)

Ayat ini menunjukkan bahawa wajib menerima Islam yang sempurna dan melaksanakan hukum-hakamnya secara sempurna dan holistik. 

Janganlah mengikut Islam hanya dalam aspek ibadat sahaja, tetapi dalam aspek pemerintahan negara pula meninggalkan Islam. Janganlah hanya bertindak terhadap penerima rasuah sahaja, tetapi meninggalkan pemberi rasuah. Dan janganlah mengikut undang-undang ciptaan manusia yang lemah, tetapi meninggalkan hukum Allah SWT yang mendidik dan adil. 

Jenayah berat bukan sahaja rasuah, bahkan semua perkara yang ditetapkan oleh Islam sebagai jenayah berat. Ini termasuklah perkara yang berkait dengan ancaman terhadap rukun hidup yang menjadi maqasid al-syariah yang memelihara agama, nyawa, akal, maruah dan harta.  

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ£َŁ†Ų²َŁ„ۡŁ†َŲ§ٓ Ų„ِŁ„َŁŠۡŁƒَ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَٰŲØَ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّ Ł…ُŲµَŲÆِّŁ‚ٗŲ§ Ł„ِّŁ…َŲ§ ŲØَŁŠۡŁ†َ ŁŠَŲÆَŁŠۡŁ‡ِ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَٰŲØِ ŁˆَŁ…ُŁ‡َŁŠۡŁ…ِŁ†ًŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِۖ ŁَŁ±Ų­ۡŁƒُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŁ… ŲØِŁ…َŲ§ٓ Ų£َŁ†Ų²َŁ„َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُۖ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ۡ Ų£َŁ‡ۡŁˆَŲ§ٓŲ”َŁ‡ُŁ…ۡ Ų¹َŁ…َّŲ§ Ų¬َŲ§ٓŲ”َŁƒَ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّۚ Ł„ِŁƒُŁ„ّٖ Ų¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َŲ§ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų“ِŲ±ۡŲ¹َŲ©ٗ ŁˆَŁ…ِŁ†ۡŁ‡َŲ§Ų¬ٗŲ§ۚ ŁˆَŁ„َŁˆۡ Ų“َŲ§ٓŲ”َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŲ¬َŲ¹َŁ„َŁƒُŁ…ۡ Ų£ُŁ…َّŲ©ٗ ŁˆَٰŲ­ِŲÆَŲ©ٗ ŁˆَŁ„َٰŁƒِŁ† Ł„ِّŁŠَŲØۡŁ„ُŁˆَŁƒُŁ…ۡ ŁِŁŠ Ł…َŲ§ٓ Ų”َŲ§ŲŖَŁ‰ٰŁƒُŁ…ۡۖ ŁَŁ±Ų³ۡŲŖَŲØِŁ‚ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŲ®َŁŠۡŲ±َٰŲŖِۚ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…َŲ±ۡŲ¬ِŲ¹ُŁƒُŁ…ۡ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ٗŲ§ ŁَŁŠُŁ†َŲØِّŲ¦ُŁƒُŁ… ŲØِŁ…َŲ§ ŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ۡ ŁِŁŠŁ‡ِ ŲŖَŲ®ۡŲŖَŁ„ِŁُŁˆŁ†َŁ¤ŁØ ŁˆَŲ£َŁ†ِ Ł±Ų­ۡŁƒُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŁ… ŲØِŁ…َŲ§ٓ Ų£َŁ†Ų²َŁ„َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ۡ Ų£َŁ‡ۡŁˆَŲ§ٓŲ”َŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ±Ų­ۡŲ°َŲ±ۡŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŁ† ŁŠَŁۡŲŖِŁ†ُŁˆŁƒَ Ų¹َŁ†ۢ ŲØَŲ¹ۡŲ¶ِ Ł…َŲ§ٓ Ų£َŁ†Ų²َŁ„َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų„ِŁ„َŁŠۡŁƒَۖ ŁَŲ„ِŁ† ŲŖَŁˆَŁ„َّŁˆۡŲ§ْ ŁَŁ±Ų¹ۡŁ„َŁ…ۡ Ų£َŁ†َّŁ…َŲ§ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų£َŁ† ŁŠُŲµِŁŠŲØَŁ‡ُŁ… ŲØِŲØَŲ¹ۡŲ¶ِ Ų°ُŁ†ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ۡۗ ŁˆَŲ„ِŁ†َّ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٗŲ§ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ł„َŁَٰŲ³ِŁ‚ُŁˆŁ†َŁ¤Ł© Ų£َŁَŲ­ُŁƒۡŁ…َ Ł±Ł„ۡŲ¬َٰŁ‡ِŁ„ِŁŠَّŲ©ِ ŁŠَŲØۡŲŗُŁˆŁ†َۚ ŁˆَŁ…َŁ†ۡ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų­ُŁƒۡŁ…ٗŲ§ Ł„ِّŁ‚َŁˆۡŁ…ٖ ŁŠُŁˆŁ‚ِŁ†ُŁˆŁ†َŁ„Ł ﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan ujian terhadap kitab-kitab yang lain; maka putuskanlah urusan mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah sahajalah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (48); Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia itu adalah orang-orang yang fasiq. (49); Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50).” (Surah al-Ma’idah: 48-50)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 2 Rabi‘ al-Akhir 1444H / 28 Oktober 2022M 

#TurunMengundi
#MalaysiaSejahtera
#BersihdanStabil

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo