NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas ADUN Bukit Pasir sertai UMNO

JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Pagoh mengesahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep telah diterima menyertai UMNO sejak Mei lalu.

Ketuanya, Ismail Mohamed berkata, Najib kini merupakan ahli UMNO di cawangan Selancar, Pagoh.

Menurutnya, Mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh pada 30 April telah bersetuju untuk menerima permohonan Najib untuk menjadi Ahli UMNO di Bahagian Pagoh.

"Permohonan kemasukan ini telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia dan melalui Sistem keahlian UMNO, Najib telah diterima menjadi Ahli UMNO pada 31 Mei lalu di UMNO Cawangan Selancar.

"Najib juga telah menghantar lebih kurang 60 orang yang berminat untuk menjadi ahli UMNO dan bercadang untuk menubuhkan cawangan baru di Hub Universiti Pagoh. Perkara ini juga telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Berhubung kehadiran Najib ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh pada Sabtu lalu, Ismail berkata, Najib hadir dalam mesyuarat tersebut sebagai perwakilan UMNO Cawangan Selancar.

"UMNO Bahagian Pagoh mengalu-alukan sesiapa sahaja menjadi ahli bagi memastikan kelangsungan perjuangan membela agama bangsa dan negara.

"UMNO Bahagian Pagoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada Najib dan mereka yang memilih perjuangan ini," katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan ulasan daripada Najib menerusi panggilan telefon masih gagal.

Pada 27 Februari 2022 lalu, keahlian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib dalam Pas dilaporkan terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Najib bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.

Pada PRN itu, calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memenangi kerusi Bukit Pasir dengan memperoleh 6,048 undi menewaskan Najib yang mendapat 1,860 undi dan calon Pas, Nur Iqbal Abd Razak (5,850) serta tiga calon lain.

SEBENAR DAH LAMA MASUK UMNO, BILA PRU-15 UMNO JADIKAN ISU AJE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo