NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banduan tertua Guantanamo dibebaskan


CUBA
– Banduan tertua Teluk Guantanamo telah dibebaskan ke negara asalnya, Pakistan selepas hampir dua dekad ditahan.

Saif Ullah Paracha, 75, ditahan dua tahun selepas serangan 11 September 2001 ke atas AS dan dituduh sebagai simpati pada al-Qaeda.

Paracha disyaki membiayai kumpulan jihad walaupun dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Malah, lelaki ini tidak pernah didakwa.

“Saif Ullah Paracha, seorang warga Pakistan, yang ditahan di Teluk Guantanamo, telah dibebaskan dan tiba di Pakistan pada hari Sabtu, 29 Oktober 2022.

”Kami gembira warga Pakistan yang ditahan akhirnya bersatu semula dengan keluarganya,” kata Kementerian Luar Pakistan.

Paracha telah ditangkap pada Julai 2003 di Thailand dalam operasi membabitkan Biro Penyiasatan Persekutuan.

Dia yang belajar di Amerika Syarikat dituduh oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung dengan beberapa tokoh paling kanan kumpulan itu, termasuk ketuanya Osama bin Laden dan Khalid Sheikh Mohammed.

Selepas 14 bulan di penjara tentera AS di Bagram, Afghanistan, dia dipindahkan ke Guantanamo.

Pentadbiran Joe Biden telah meluluskan pembebasan Encik Paracha tahun lalu, bersama seorang lagi warga Pakistan, Abdul Rabbani, 55, dan warga Yaman, Uthman Abdul al-Rahim Uthman, 41.

Masih terdapat 35 orang yang ditahan di Guantanamo – termasuk Khalid Mohammed, yang dinamakan dalam Laporan Suruhanjaya 9/11 sebagai “arkitek utama serangan tersebut.

Peguam Paracha menjangkakan lebih ramai tahanan akan dibebaskan dalam beberapa bulan akan datang. – Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo