NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AMANAH berebut kerusi dengan MUDA pula di Tanjung Piai


JOHOR BAHRU:
Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa keputusan yang 'melukakan' AMANAH Johor.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Johor, Mazlan Aliman menggesa keputusan berkenaan dirunding semula dan kerusi berkenaan diberikan kepada calon parti itu seperti diputuskan sebelum ini.

Beliau berkata berbeza dengan PKR dan DAP, kepemimpinan AMANAH dilihat lemah dalam menangani rundingan kerusi yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi.

Katanya, keputusan Majlis Presiden PH menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MUDA, mengulangi detik hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu yang juga diberikan kepada MUDA.

"Walaupun penegasan mengenai kepentingan kerusi itu kepada AMANAH diberikan kepada pimpinan khususnya kepada Presiden, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, namun ia gagal dipertahankan.

"Kerusi pinjaman di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula dan nampaknya, ia akan menjadi milik DAP buat selama lamanya.

"Sementara hari penamaan calon 5 November ini masih berbaki beberapa hari lagi, keputusan di Parlimen Tanjung Piai, mesti dirunding semula. Kembalikan kerusi itu kepada AMANAH seperti mana yang diputuskan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan mengumumkan pengasas bersama MUDA serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Lim Wei Jiet sebagai calon MUDA yang diturunkan PH di Parlimen Tanjung Piai bagi menghadapi PRU15.

Wei Jiet yang juga seorang peguam turut dilaporkan sudah memulakan gerak kerja di Tanjung Piai bersama pasukan MUDA, dengan beberapa program ramah mesra bersama penduduk sudah bermula sejak Khamis lalu.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga bekas Ahli Jawatankuasa AMANAH Pusat berkata, AMANAH Johor mesti mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi itu.

"Perlu diingat mandat kepemimpinan diperoleh daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan.

"Bahkan, mereka yang bertungkus lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya berlangsung.

"Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan PH termasuk DAP, PKR dan MUDA," katanya.

# AMANAH PEROSAK PH



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo