NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 lagi korban COVID-19, 3189 kes baharu

3,189 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,896,922 kes.

Sebanyak 2,464 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,832,220.

Ketika ini, 31,365 kes aktif direkodkan di mana 29,855 atau 95.2% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,444 (4.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 66 kes dan 39 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,466 orang.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo