NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno perintah gencatan senjata dengan PAS selepas pertemuan Zahid-Hadi

Umno telah mengarahkan "petugas siber"nya untuk mematuhi gencatan senjata dengan PAS buat masa ini.

Ini berikutan pertemuan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan rakan sejawatannya dari PAS Abdul Hadi Awang, kata sumber parti.

"Tiada keputusan muktamad dibuat semasa."

Pertemuan di antara Abdul Hadi Awang dengan Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menjadi tempat pemimpin Umno terbabit menyatakan perasaan Umno terhadap PAS.

Sumber dalaman Umno menjelaskan pertemuan presiden Umno dan presiden PAS berkenaan hanya berlangsung di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

Katanya antara isu yang dibangkitkan Ahmad Zahid ialah tegurannya terhadap sikap PAS 'bermain dua kolam' dalam langkah politik mereka.

"Pertemuan mereka itu membincangkan soal untuk memperkukuhkan kerajsama PAS-Umno, tetapi gagal mencapai kata sepakat.

"Ahmad Zahid turut meluah perasaannya yang tidak senang terhadap tindakan PAS sebelum ini," katanya.

'Bermain dua kolam' itu merupakan kata senda pengkritik terhadap PAS ekoran langkah parti terbabit memeterai piagam Muafakat Nasional dengan Umno ketika kedua-dua parti menjadi pembangkang, sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dipelopori Bersatu selepas mereka menjadi kerajaan.

Bersatu kini merupakan salah satu musuh utama Umno. Untuk rekod Bersatu ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin kanan Umno yang keluar dari parti itu - sama ada atas kemahuan sendiri, digantung keahlian atau dipecat - menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo