NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selagi belum PRU15, masih boleh bincang - Pas Perak

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perbincangan antara parti-parti itu perlu diadakan untuk meneruskan penyatuan. - Gambar fail/BERNAMA

IPOH: Pas Perak percaya masih ada ruang untuk perbincangan antara parti di dalam kerajaan, termasuk UMNO dan Pas, selagi belum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mereka juga yakin kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini tidak akan menjejaskan hubungan antara Exco kerajaan negeri dari UMNO dan Pas.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perbincangan antara parti-parti itu perlu diadakan untuk meneruskan penyatuan.
“Kita Pas konsisten tetap mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk memakmurkan negara ini yang disebut sebagai perpaduan ummah ke arah kestabilan politik.
“Bagi kita kestabilan politik apabila parti-parti Melayu-Islam bersatu, ia akan melahirkan kestabilan politik.
“Apabila stabil politik maka akan stabil yang lain-lain termasuk ekonomi dan lain-lainlah,” katanya.
Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2022 peringkat negeri Perak di Mydin Meru Raya, di sini, hari ini.
Khamis lalu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak, berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Menurut Saarani, kerjasama yang terjalin sekarang adalah sebagai rakan di dalam kerajaan.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo