NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo tolak tawaran RM1.09 bilion

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak tawaran yang mampu menjadikannya pemain bola sepak termahal di dunia.

Media Sepanyol mendakwa kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan kontrak selama dua musim bernilai 210 juta pound (RM1.09 bilion) kepada bintang Manchester United itu.

Sekiranya diterima, Ronaldo bakal menjadi pemain termahal dunia dengan gaji 1.7 juta pound (RM8.87 juta) seminggu.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu bagaimanapun tidak berminat untuk menyertai Al-Hilal kerana mahu kekal beraksi di pentas tertinggi.

Bagaimanapun Ronaldo terpaksa akur beraksi di pentas kedua tertinggi Eropah - Liga Europa - selepas hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas tidak kesampaian.

Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Napoli, namun gagal menyempurnakan perpindahan berkenaan.

Ronaldo kini hanya menjadi pemain simpanan di bawah kendalian Erik ten Hag.

Tumpuan utama Ronaldo tahun ini hanyalah Piala Dunia dan dia perlu menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka semula pada Januari bagi mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber  | AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo