NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: GPS kekal status quo pembahagian kerusi

Abang Johari (tengah) berkata pembahagian itu kekal seperti yang dipersetujui sebelum ini termasuk kerusi tradisi. - Gambar/ Astro AWANI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan status quo mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembahagian itu kekal seperti yang dipersetujui sebelum ini termasuk kerusi tradisi.
“GPS mudah sahaja, kita merupakan satu pasukan, bola (kerusi) sudah ada hanya tinggal sepak (bertanding) sahaja.
“Ini kerana kita adalah GPS, Sarawak First, kita sudah bersedia. Jika anda hendak menghadapi peperiksaan, anda pastinya sudah bersedia lebih awal, dua tahun awal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa malam.
Hadir sama, Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum.
Pada PRU14, GPS bertanding di 31 kerusi Parlimen yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (14 kerusi), Parti Rakyat Sarawak (6), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (7) dan Parti Demokratik Progresif (4).
Bagaimanapun, GPS yang pada ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 dari 31 kerusi yang ditandingi.
Tambah Abang Johari, GPS akan mengaktifkan jentera pilihan raya sebagai persediaan menghadapi PRU15 walaupun tarikhnya belum diketahui setakat ini.
“Kita perlu menang bagi mendapatkan suara yang kuat di peringkat nasional.
“Malah dengan kemenangan itu, membolehkan GPS memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) termasuk 35 peratus wakil Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat, autonomi kesihatan, pendidikan dan aspek Borneonisasi,” katanya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo