NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majikan durjana dipercayai pegawai kerajaan dera pembantu rumah

Perbuatan kejam itu terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan dengan keseksaan itu akhirnya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan mendapatkan bantuan orang awam Selasa lalu.

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan?
Seorang wanita Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga di kampung, akhirnya diperlakukan dengan kejam, dipercayai didera majikan.
Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh pembantu rumah itu yang menjadi mangsa dera sejak tiga tahun yang lalu.
Wanita berusia 46 tahun itu bukan sahaja 'dikurung' dan dipantau ketat, malah ditampar dan dicederakan menggunakan kayu di muka sehingga mengakibatkan lebam.
Dia juga bekerja secara 'percuma', sesen pun tidak dibayar.
Lebih buruk lagi, mangsa turut didakwa disimbah air panas sehingga melecur teruk di belakang badannya dan berat badannya menyusut sehingga 30 kilogram akibat kekurangan zat.
Apapun alasan dan justifikasi majikan itu, tidak keterlaluan untuk dikatakan mereka ini tidak layak lagi digelar manusia.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, lebih buruk lagi apabila majikan berkenaan tidak pernah membawa mangsa ke hospital atau memberinya ubat kepada luka-luka yang dialaminya.
Menurutnya, perbuatan kejam itu terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan dengan keseksaan itu akhirnya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan mendapatkan bantuan orang awam sebelum dibawa ke balai polis, kira-kira pukul 11 pagi Selasa lalu.
Katanya, mangsa hanya diberi gaji RM900 sebulan pada tiga bulan pertama, dan selepas itu mangsa tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan keluarganya di Indonesia mahupun orang luar.
"Ketika lawatan saya ke Hospital Selayang semalam (Khamis), saya dimaklumkan bahawa mangsa mungkin kehilangan pendengaran akibat kecederaan parah yang dialaminya di bahagian telinga.
"Mangsa mengalami trauma yang teruk dan meminta tolong supaya diselamatkan," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Hermono memberitahu, mangsa juga dikatakan tidak pernah diberi waktu rehat dan dipaksa bekerja sepanjang tahun.
Beliau memberitahu, majikan wanita yang dikaitkan dengan kes penderaan itu sudah ditahan polis dan sedang menjalankan siasatan.
Astro AWANI turut difahamkan suami suspek itu berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.
Justeru, beliau berharap, kerajaan akan mengambil tindakan tegas dan mengenakan hukuman mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.
"Kita di Kedutaan dan kerajaan Indonesia akan memantau rapat kes ini agar perkara yang sama tidak terjadi kepada pembantu rumah yang lain," tambahnya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo