NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LCS pertama siap awal 2026

LCS pertama dijadual siap awal 2026. - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima dua kapal tempur pesisir (LCS) pada Januari dan September 2026.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata kapal ketiga LCS pula diterima pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028.

"Pembinaan LCS akan diteruskan, namun belum cukup untuk memenuhi keperluan keupayaan tempur TLDM.

"Bagi memenuhi keperluan ini, TLDM berpandangan perolehan baharu sebanyak lapan buah kapal LMS Batch kedua perlu dilaksanakan seiring dengan perolehan lima buah LCS yang sedang berlangsung," katanya. 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo