NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenduri & Tahlil Arwah 7 hari.

                      (Gambar hiasan)

KIta di Nusantara bila ada kematian, biasanya ada membuat kenduri tahlil selama 7 hari oleh ahli keluarga. Ramai beranggapan ini adalah adat di Nusantara sahaja kerana apabila mereka ke Mekah, tiada amalan sebegini dilakukan di sana.

Ini kerana orang kita biasanya hanya ke Tanah Hijjaz, jarang merantau ke pelusuk tanah arab yang lain, itupun kerana sebab pergi haji atau umrah. Amalan ini masih lagi diamalkan di sebahagian tanah arab terutamanya di tempat yang masih kuat lagi pengajian kitab turath. 

Amalan ini bermula dari zaman Tabi'en, yang dihidupkan oleh Imam Thawus rahimahullah. Menurut Imam Adz Zahabi, beliau berpendapat Imam Thawus lahir pada zaman sayidina Uthman menjadi khalifah atau sebelumnya. Beliau termasuk dalam kalangan kibar at Tabi'en dan sempat belajar ilmu agama dari 50-70 orang para sahabat Baginda salallahu alaihi wasallam sehigga mendapat gelaran Thawus (burung merak) kerana banyak mengelilingi (menuntut ilmu) dari kalangan para qurra. Nama sebenar beliau Dzakwan. 

Imam Thawus ini mendapat pujian daripada ramai para ulama sebagai seorang yang soleh, abid serta tsiqah. Beliau berkata, mereka yang meninggal dunia difitnah/diuji/disoal dalam kubur mereka selama 7 hari. Maka beliau menganjurkan agar para keluarga membuat amalan bacaan al Quran dan sedekah ketika 7 hari selepas kematian si mayyit agar mudah untuk berdepan dengan fitnah kubur itu.

Para ulama mengkategorikan hadith Imam Thawus ini sebagai mursal marfu' yang sahih. Dalam mazhab yang lain, para fuqaha menerima hadith mursal marfu' sebagai hujah tapi tidak dalam mazhab syafie melainkan menjadi hadith sokongan. Walau bagaimanapun, riwayat Imam Thawus ini masih menjadi sokongan kepada hadith Ubaid dan hadith Mujahid, kerana itulah amalan itu diamalkan tanpa dipertikaikan oleh ulama muktabar pada zamannya dan selepasnya. Hanya baru kini orang mempertikaikannya kerana tak pernah belajar dari mana asalnya amalan ini.

Cuma harus diingatkan, amalan ini bukan wajib, sekiranya ia rasa berat bagi ahli keluarga yang meninggal, boleh saja buat dalam skala yang kecil sahaja iaitu di kalangan ahli keluarga sahaja atau tidak membuatnya atas kekangan kewangan dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin meringankan fitnah kubur bagi ahli keluarga yang meninggal, ia bukanlah satu beban bagi mereka.

Tapi, kalau bagi mereka yang memilih untuk tidak membuat amalan ini, jangan sampai mengatakan ia hanya adat orang kita di sini dan tiada sandarannya dalam syarak. 

Wallahualam. -u.d-

Sumber FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo