NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dokumen, keterangan 1MDB berkaitan suami Zeti perlu melalu MLA - KPN

Acryl Sani, untuk memastikan dokumen dan keterangan itu boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses MLA yang dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat telah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman suami bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun untuk memastikan dokumen dan keterangan itu boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) yang dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Pada April 2022, PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah mengemukakan permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura," katanya dalam kenyataan hari ini,
Pada Mac lepas, PDRM ke Singapura untuk mengumpul maklumat atau keterangan berhubung kes berkenaan.
Sementara itu Acryl Sani berkata PDRM masih menyiasat dakwaan Meta Platform Incorporated bahawa wujud akaun palsu di media sosial yang dikatakan mempunyai kaitan dengan PDRM.
Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah diarahkan untuk menjalankan siasatan.
"Saya menafikan perkara itu sekeras-kerasnya namun saya telah mengarahkan JSJK untuk meneliti dakwaan berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelantikan Duta Anti-Scam di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.
Ogos lepas, Meta menerusi Quarterly Adversial Threat Report mendakwa ada kemungkinan campur tangan polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia kerana menjadi platform 'troll farm'.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo