NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Windows 11 22H2 Akan Diedarkan Pada 20 September Dengan Antaramuka Dan Start Baharu


Ini mungkin hanya pendapat saya sendiri, tetapi secara peribadi Windows 11 adalah kemaskini Windows paling menarik pernah saya gunakan. Walaupun ia tidak sempurna, tetapi banyak ciri dan fungsi pada sistem operasi ini saya suka dan selesa menggunakannya.

Mereka yang berminat, lesen Windows 11 sudah pun dijual sejak bulan lalu pada harga bermula RM919.

Bulan hadapan, Microsoft akan hadir dengan kemaskini utama yang baharu untuk Windows 11 iaitu versi 22H2. Dalam kemaskini ini, Microsoft akan menawarkan penggunan folderpada menu Start, ciri drag & droppada Taskbar, mempunyai kawalan gestur baharu serta peralihan animasi baharu.


Windows 11 22H2 turut akan hadir dengan Task Manager baharu dengan sokongan mod gelap, antaramuka baharu, serta mod kecekapan untuk mengehadkan penggunaan kuasa untuk aplikasi ang dijalankan. Ciri Snap Layouts juga akan dikemaskini untuk penggunaan multi-tetingkap yang lebih baik.


Untuk pengguna kuran upaya, ciri Voice Access akan ditawarkan untuk kawalan menggunakan suara serta ciri Live Captions untuk memaparkan trasnkripsi teks untuk video yang dimainkan. Sekitar hujung tahun nanti, File Explorer akan hadir dengan sokongan tabs dan Suggested Actionsuntuk memudahkan lagi pengguna. 

Kemaskini ini dikatakan akan diedarkan bermula 20 September akan datang.


Sumber | Amanz







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo