NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Telus Wajar Dicontohi - #RasuahBusters


KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Ketelusan pengurusan kewangan Terengganu yang mengungguli kedudukan pertama dalam ‘Malaysia Open Budget Index’ (MyOBI) seharusnya menjadi ikutan semua kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata kejayaan tersebut merupakan hasil daripada ketelusan di semua peringkat pentadbiran.

“Ketelusan menjadi gerakan kerjasama daripada semua pihak, daripada EXCO sehingga orang ramai yang memberikan kerjasama agar ketelusan itu tercapai.

“Namun kerajaan negeri perlu bersiap sedia supaya dapat menghalang unsur-unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang boleh menggugat kesejahteraan integriti Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam konvoi #RasuahBusters ke Pantai Timur di Kediaman Seri Iman, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Nurhayati merakamkan penghargaan kepada Ahmad Samsuri atas sokongan terhadap usaha mereka yang membawa integriti dalam pentadbiran.

“Beliau (Ahmad Samsuri) amat jelas dan menyokong usaha ini sebagai salah satu ikhtiar agar satu bentuk kerjasama yang bersepadu yang kita boleh 'reach out’ kepada seluruh ekosistem khususnya di dalam negeri Terengganu.

“Ini adalah satu inspirasi yang cukup baik untuk dilaksanakan di peringkat negeri-negeri lain agar kita dapat lihat bagaimana kolaboratif dan usaha kolektif antara kepimpinan dan rakyat untuk bergabung dalam pemulihan ekonomi dan sistem sosial di negara,” tambahnya.

Ahmad Samsuri menjadi Menteri Besar pertama yang menerima kunjungan oleh pihak konvoi #RasuahBusters sejak mula dilancarkan pada Disember lalu.

Terdahulu, #RasuahBusters Pantai Timur memulakan konvoi bermula 6 Ogos dengan menyasarkan golongan pemimpin, pihak berkuasa, pelajar dan pemegang taruh agar bebas daripada belenggu rasuah.


Sumber | TRDI.my






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo