NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah hadiahkan satu lagi emas

M Thinaah dan Pearly Tan memenangi pingat emas setelah mengalahkan kepada pemain England Birch Chloe dan Smith Lauren pada aksi badminton akhir semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Center pada Isnin. - Foto BERNAMA

AKHIRNYA! Beregu utama wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya membutirkan satu lagi pingat emas selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam pusingan akhir acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebentar tadi.
Emas yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu disumbangkan selepas beregu nombor 11 dunia itu menewaskan Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 dalam aksi yang cukup tenang.
Perlawanan yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu menjanjikan pingat emas yang ketujuh buat Malaysia.
Ini merupakan perlawanan kedua yang menjadi sasaran pingat emas buat hari terakhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut melayakkan diri ke pusingan akhir.
Bagaimanapun, atlet berusia 22 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas ditewaskan pemain dari India, Lakshya Sen dengan kutipan mata 19-21, 21-9, 21-16.
Majllis penutup Sukan Komanwel 2022 akan diadakan di Stadium Alexander, bermula 8 malam waktu tempatan atau 3 pagi (Selasa) waktu Malaysia.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo