NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir

Kian Meng dan Pei Jing sebelum ini membantu skuad negara memenangi pingat emas acara berpasukan campuran pada awal pagi Rabu lalu. - Gambar/ Bernama

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terlepas slot ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Turun dengan reputasi besar selaku beregu di ranking ke-11 dunia, Kian Meng dan Pei Jing, bagaimanapun, bergelut untuk menamatkan saingan lawan dalam set pertama sehingga akhirnya menerima padah apabila tewas 23-25.
Permulaan perlahan yang dipamerkan wakil negara dalam set kedua menyaksikan tugasan mereka semakin sukar, sekali gus terpaksa membenarkan lawan di ranking ke-35 dunia berkenaan ke final dengan kekalahan 18-21.
Sebagai rekod, Kian Meng dan Pei Jing sebelum ini membantu skuad negara memenangi pingat emas acara berpasukan campuran pada awal pagi Rabu lalu.
Artikel asal di Stadium Astro.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo