NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skandal LCS: Arahan Zahid 'sila laksanakan' antara yang didedahkan dalam laporan

Laporan itu mendedahkan di sudut kanan atas surat tersebut, tertera tulisan tangan Ahmad Zahid yang mencatat arahan "SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan."

KUALA LUMPUR: Surat daripada Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
Laporan itu mendedahkan di sudut kanan atas surat tersebut, tertera tulisan tangan Ahmad Zahid yang mencatat arahan "SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan."
Surat tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan BNS ketika itu Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Ahmad Zahid yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Antara kandungan surat tersebut, Ahmad Ramli memaklumkan, BNS telah merancang projek LCS selama dua tahun.
Ahmad Ramli juga memaklumkan, pengeluar peralatan asal (OEM) perlu diyakinkan bahawa projek LCS itu "mendapat mandat dan restu dari kerajaan."
JKSTUPKK telah ditubuhkan semasa kerajaan Pakatan Harapan dan diketuai oleh bekas ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Selain Ahmad Zahid dan peranan Kementerian Pertahanan di bawahnya dalam mengeluarkan LOI, laporan itu juga mengesahkan Ahmad Zahid memang telah mengubah fikirannya mengenai reka bentuk kapal LCS itu.
TLDM mahu menggunakan kapal tempur kelas Sigma untuk LCS, yang pada asalnya dipersetujui Zahid pada Mei 2011.
Surat BNS kepada Zahid Hamidi

Surat BNS kepada Zahid Hamidi








............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo