NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Siapa yang khianati siapa?" - Mohamad Hasan nafi UMNO tinggalkan Pas Shuhada Abdul Kadir

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Jentera Pilihan Raya BN Negeri Melaka hari ini. - Foto BERNAMA

AYER KEROH: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengulangi kenyataan parti itu tidak pernah memilih untuk meninggalkan Pas dalam kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN).
Sebaliknya ujar beliau, Pas yang cenderung untuk bersama gabungan lain seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu.
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jentera Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka November lalu mendedahkan, UMNO telah menawarkan lima kerusi kepada Pas meskipun parti itu hanya mahukan tiga daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, senario itu jelas menunjukkan UMNO tidak pernah mengkhianati Pas, malahan parti itu yang kekal tidak mahu bersama dalam perjuangan.
"Kami tidak tinggalkan sesiapa, kami tidak tinggalkan MN, mereka yang tinggalkan MN. Kami hendak bersama di Melaka, dia minta tiga (kerusi) kami bagi lima, macam meniaga kat Mekah, beli tiga dapat lima free, tapi masih tak mahu bersama, siapa yang mengkhianati siapa?
"Begitu juga di Johor, tak ada masalah, kita pun tak ada isu. Muafakat Nasional ini tidak mengikat sesiapa. MN ini bukan perjanjian, dia cuma piagam, itu piagam kita untuk menjadi landasan Melayu dan Islam, jika ada apa-apa berkenaan Melayu Islam dan Pribumi, ini landasan yang baik untuk perjuangkannya, not so much onpolitics. Sudah pun, parti telah buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis perjumpaan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata usul memutuskan hubungan dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) tidak diterima dari mana-mana perwakilan daripada keseluruhan 197 kawasan di seluruh negara untuk dibahaskan pada Muktamar Pas kali ke-68.
Menurutnya, hanya terdapat beberapa perkara dibangkitkan mengenai hubungan di dalam MN namun ianya tidak lebih daripada penekanan atau fokus terhadap memperkasakan penyatuan ummah.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo