NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat mahu kestabilan politik, PRU awal bantu negara berhadapan cabaran ekonomi tidak menentu - Penganalisis

Untuk mendapatkan kestabilan politik, pilihan raya perlu diadakan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rakyat secara khususnya tidak mengharapkan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat, sebaliknya hanya mahukan kestabilan politik.
Namun untuk mendapatkan kestabilan politik, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM) Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, pilihan raya perlu diadakan bagi memastikan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang mendapat mandat sah daripada rakyat.
"Jika tengok pada sentimen rakyat, mereka tidak mahu diadakan pilihan raya tetapi mereka mahu kestabilan politik.
"Bagaimana nak dapat, mahu tidak mahu pilihan raya perlu diadakan bagi memastikan kerajaan yang dibentuk adalah yang mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihan raya, bukan hasil dari parti-parti yang melompat dan sebagainya.
"Ini sebahagian daripada proses demokrasi dan perlu dilalui. Pilihan raya tetap akan diadakan cuma yang perlu ditentukan ialah bila masanya.
"Jika PRU diawalkan, ia boleh membantu negara dalam berhadapan dengan suasana ekonomi tidak menentu kerana tahun depan situasi dijangka lebih teruk dan inflasi lebih tinggi," katanya kepada Astro AWANI.
Sentimen ini kata Awang Azman, berbeza dengan parti politik kerana aspirasi politik lebih diutamakan, dan blok yang mendesak PRU disegerakan adalah kumpulan yang yakin mereka akan menang dan menerima mandat.
"PRU awal bergantung kepada persepsi blok parti politik. Bagi yang kurang yakin menang, sudah pasti mereka beri pelbagai alasan dan justifikasi, contohnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, terdapat pelbagai desakan menyatakan tak ada keperluan diadakan.
"Namun akhirnya apabila diadakan PRN, kita dapati kemenangan kepada parti yang mendesak PRN.
"Ditambah pula, FDI Johor naik berlipat kali ganda, menunjukkan pelabur yakin dengan kestabilan politik," ujarnya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo