NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN selesai bahagi kerusi PRU15 bulan depan

SERDANG: Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diselesaikan bulan depan.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mengambil kira tempoh PRU15 yang semakin hampir, beliau telah mengarahkan semua pimpinan parti-parti kompenan menyelesaikan pembahagian kerusi sama ada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tempoh masa (PRU15) semakin hampir, sewajarnya pimpinan semua peringkat PN membuat persiapan. Rundingan sudah pun bermula tetapi belum selesai, jadi saya minta selesaikan dalam September. Soal mengenal pasti calon sudah mulakan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah keluarkan arahan supaya pimpinan bahagian kenal pasti tokoh dan calon berkelayakan, berkaliber, mempunyai latar belakang pendidikan dan mempunyai budi pekerti yang baik,” katanya dalam sidang media selepas tamat Konvensyen Perikatan Nasional 2022 di sini hari ini.

Ditanya adakah PN akan meletakkan orang muda sebagai calon perdana menteri, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tidak menolak kemungkinan itu sebagaimana yang banyak berlaku di luar negara.

“Sudahkah sampai masa Malaysia menerima anak-anak muda yang berkelayakan menjadi perdana menteri? Untuk masa depan negara ini mengapa tidak ? Takkan muka Muhyiddin dan nama-nama yang terkenal sahajakan,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, ketika ditanya adakah PN yakin boleh menang PRU15 dengan kekuatan sendiri, Muhyiddin berkata :” Saya tidak kata ya, tidak kata tidak, banyak perkara yang perlu kita halusi,” katanya.

Menyentuh mengenai logo yang akan digunakan oleh PN pada PRU15, Muhyiddin berkata Majlis Tertinggi PN telah membuat ketetapan untuk menggunakan logo sedia ada iaitu perkataan “Perikatan Nasional” berwarna putih berlatarbelakangkan warna biru tua.

“Parti dah buat keputusan, oleh kerana tempoh masa kini terlalu singkat, nak kenalkan logo baharu masa tak cukup, selepas PRU nanti kita akan memperkenalkan logo baharu yang lebih cantik.

Hanya PN sahaja yang sebut PN di kertas undi, parti lain simbol sahaja. Semua boleh baca, di Sabah kami memperkenalkannya dua minggu sebelum pilihan raya negeri dan kami menang. Mungkin ada sesuatu yang istimewa dengan logo PN,” kata Muhyiddin. 

Sumber | BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo