NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR lantik Pengerusi MPN untuk Sabah dan Sarawak

Anwar berkata di Sarawak jawatan itu akan disandang oleh Ketua Cabang Baram Roland Engan manakala MPN Sabah dipengerusikan oleh Ketua Cabang Keningau Datuk Dr Sangkar Rasam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata di Sarawak jawatan itu akan disandang oleh Ketua Cabang Baram Roland Engan manakala MPN Sabah dipengerusikan oleh Ketua Cabang Keningau Datuk Dr Sangkar Rasam.
"Saudara Roland akan menggerakkan MPN bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang Hulu Rajang, saudara Abun Sui Anyit bagi memantapkan PKR di Sarawak.
"Datuk Dr Sangkar Rasam pula akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi miliknya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo