NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gabungan parti masih menjadi keutamaan Bersatu - Saifuddin

Saifuddin menegaskan gabungan parti masih menjadi keutamaan bagi Bersatu dalam menghadapi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan yang stabil. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mengulas laporan kemungkinan Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau bagaimanapun menegaskan gabungan parti masih menjadi keutamaan bagi Bersatu dalam menghadapi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan yang stabil.
“Sejujurnya, semua parti ingin mendapat kemenangan ketika pilihan raya, namun, apa yang berlaku selepas itu seperti kestabilan politik adalah perkara yang sepatutnya diutamakan.
"Bersatu memang percaya kepada penggabungan yang besar kerana bagi Bersatu persoalan utama bukan sekadar boleh menang pilihan raya tetapi terhadap kestabilan politik.
“Kestabilan politik adalah sangat penting agar sebaik selepas pilihan raya, tumpuan boleh diberikan kepada meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat,”
“Oleh yang demikian, soal gabungan politik itu, memang setahu saya, setakat yang saya berbincang dalam Bersatu, masih menjadi perkara yang diberikan tumpuan,” katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas melancarkan buku karya penulis Raja Ahmad Aminullah yang berjudul ‘Genta Telah Berbunyi’ di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas laporan media bahawa PN bercadang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri selepas kecewa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Khamis antara Ismail Sabri dan PN yang diketuai Bersatu dibatalkan pada saat akhir.
Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (Pas), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Pada Jumaat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na'aman dilaporkan menafikan laporan yang mendakwa PN akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri kerana isu tuntutan jawatan timbalan perdana menteri, serta menegaskan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail Sabri.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo