NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perhimpunan 'Mana LCS': 13 individu beri keterangan esok

Azmi berkata kesemua individu berkenaan merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung siasatan perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua individu berkenaan merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan.
"Kita akan terus melakukan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya seberapa segera yang boleh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
MoA itu ditandatangani Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Awang@Musran Tawil dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Jaafar.

Ia bagi mengukuh hubungan kedua-dua pihak yang bersifat kerjasama pintar dalam memberi pengkhususan mengumpul dan mengagihkan dana yang diterima oleh YaPEIM melalui Skim Infaq Gaji sumbangan pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur.
Ahad lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata kertas siasatan telah dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.
Beliau berkata kira-kirai 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit bermula 2 petang.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo