NOTIS:

Belum ada lagi....

Penunggang p-hailing disyaratkan untuk miliki lesen memandu GDL

0

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong bersama penghantar P-Hailing selepas mengadakan sesi dialog dengan wakil E-Hailing dan P-Hailing di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas bersetuju supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dipinda.
"Pindaan ini bertujuan pengawalseliaan serta penetapan peraturan, dan ia akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil persatuan e-hailing dan p-hailing di sini hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga rang undang-undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen di dalam sesi akan datang.
Merujuk kepada syarat memiliki lesen GDL itu, Wee berkata ia dilaksnaakan bukan untuk membebankan, tetapi bagi membolehkan Kementerian Pengangkutan mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara.
"Selain itu penunggang p-hailing yang memiliki lesen GDL akan diberikan kursus pemanduan kerana ada rungutan penunggang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Melalui GDL, kita akan dapat tahu siapa yang bekerja dalam perkhidmatan p-hailing dan apa tingkah laku mereka," katanya.
Wee berkata pindaan turut akan melibatkan had umur penunggang p-hailing kepada tidak kurang dari 18 tahun berbanding 21 tahun, bagi mendapatkan lesen GDL.
"Pindaan had umur ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang p-hailing dengan lebih cepat," katanya.
Sementara itu beliau berkata MOT dan agensi-agensi dibawahnya akan mengawal selia perkhidmatan perkhidmatan p-hailing bagi memastikan sektor perkhidmatan itu berdaya saing dan kompetitif untuk tempoh masa panjang.
"Pengawalseliaan juga bertujuan menjaga kebajikan penunggang atau pemandu kenderaan yang terlibat," katanya dan menambah, syarat-syarat pengawalseliaan adalah seperti keperluan mempunyai perlindungan insurans bagi penunggang.
Mengenai sesi hari ini, Wee berkata pengendali e-hailing (e-hailing operators) diminta mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dengan penunggang p-hailang bagi mengelak berlaku isu mogok kerana tidak berpuas hati isu berkaitan pembayaran.
Sebelum ini tular di media sosial poster dengan perkataan "Off 1 Hari" dan "Food Delivery Blackout Jumaat 5 Ogos 2022" diikuti mesej untuk memboikot servis penghantaran pada hari Jumaat lepas.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo