NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendakwaan rayu keputusan mahkamah benar Peter gantung hukuman, sabitan untuk bertanding PRU15

Peter menfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada PRU15. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.
Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata notis rayuan itu difailkan pada 5 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi di sini.

"Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 4 Okt ini," katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas hari ini yang turut disertai peguam S.Devanandan yang mewakili Peter.

Peter, 51, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap memfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada 1 Ogos lepas, Hakim Azura Alwi membenarkan permohonannya selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

- BERNAMA 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo