NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin UMNO, Pas henti berkelahi di media - Reezal Merican

Reezal Merican Naina Merican berkata, adalah lebih baik pandangan yang hendak diberikan itu dituju terus kepada parti. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik termasuk daripada UMNO dan Pas dinasihatkan tidak menggunakan media untuk membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua parti itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah itu lebih baik bagi mengelak mereka terlajak kata hingga boleh menyebabkan ada pihak terguris hati. "Kadang-kadang bila kita bercakap, kita terlajak dan kadang-kadang orang lain akan terasa. Dalam soal ini, saya lebih suka untuk tidak menggunakan media sebagai medium untuk mengutarakan pandangan-pandangan yang bersifat sensitif.

“Bukan saya nak salahkan media tapi kadang-kadang sesiapa pun bila ia datang dari pihak ketiga ia boleh jadi percanggahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) dan penyampaian Anugerah bandar Berdaya Huni Tahun 2021 di sini, pada Khamis. Mengula lanjut Reezal Merican berkata, adalah lebih baik pandangan yang hendak diberikan itu dituju terus kepada parti kerana kedua-dua parti mempunyai hala tuju dalam soal muafakat dan perpaduan ummah. "Disebabkan itu pemimpin kedua-dua parti tidak wajar mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan. Saya kalau tercakap silap pun, kalau ada salah seorang ini saya bercakap disalah erti, saya pun mereka akan hentam balik," tambahnya. Sebelum ini, media melaporkan UMNO Kedah membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri itu. Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dipetik berkata, sebelum ini UMNO memang bekerjasama dengan parti itu namun berasa kesal selepas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bahawa UMNO tidak sekuat dulu selain Pas yakin menambah jumlah kerusi dimenangi berbanding pada PRU14 lalu. Menurutnya, Muhammad Sanusi sepatutnya berunding dengan UMNO terlebih dahulu berhubung perkara itu dan bukannya membuat kenyataan di media.


Sumber | Astro Awani







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo