NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Maaf Daddy, mungkin kita tidak cukup berjuang ...' - Anak Najib


KUALA LUMPUR: Nooryana Najwa Najib berikrar untuk terus berjuang sehingga bapanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibebaskan dan kembali bersama keluarga.
Dalam catatan di Instagram peribadinya, dia menulis bapanya tidak mendapat 'keadilan' di mahkamah tertinggi negara hari ini.
”Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati sebab dan tujuan kita sehingga kita berani berjuang selama empat tahun ini.
”Namun, ayah tidak mendapat keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur,” luahnya.
Nooryana turut mendoakan ayahnya, yang akan menjalani hukuman penjara petang ini, terus kuat dan berjanji akan menjaga ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor; adiknya, Ashman dan ‘Abang Jaja’.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo