NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenaikan inflasi 2.8 selari sasaran BNM - Mustapa

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kenaikan inflasi lebih menyederhana disebabkan hasil penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang oleh Perdana Menteri. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kenaikan inflasi sebanyak 2.8 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2022 selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) diantara 2.22 hingga 3.2 peratus bagi tahun ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kenaikan inflasi lebih menyederhana 0.4 peratus (Julai 2022) berbanding 0.6 peratus pada Jun 2022 disebabkan hasil penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Inflasi Malaysia meningkat 2.8% bagi tempoh Januari-Julai 2022, selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia, iaitu di antara 2.2% - 3.2% bagi tahun 2022.

"Peningkatan ini didorong terutamanya oleh kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 4.8%, Pengangkutan (4.4%) serta Restoran & Hotel (3.6%)
"Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi bulan Julai ini mula menyederhana kepada 0.4% berbanding 0.6% pada bulan Jun 2022. Ini antara lain hasil daripada penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh YAB Perdana Menteri yang telah berjaya membendung kenaikan harga barang," jelasnya dalam kenyataan media, di sini, pada Isnin.
Trend kadar inflasi yang tinggi disebabkan oleh fenomena global berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api, tambah Mustapa.
Bagaimanapun, katanya, inflasi Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain.
"Walau bagaimanapun, kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia. Kadar pada bulan Julai 2022 adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1%), Zon Euro (8.9%), Amerika Syarikat(8.5%), Thailand (7.6%), Singapura (7.0%), Filipina (6.4%), Republik Korea (6.3%) dan Indonesia (4.9%)," katanya.
Mustapa berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai insiatif bagi membendung inflasi dan membantu rakyat mendapati isu kos sara hidup.
Malah, peningkatkan inflasi lebih rendah ketika ini berikutan langkah kerajaan menyediakan peruntukan subsidi lebih besar iaitu RM77 bilion berbanding bajet asal sebanyak RM31 bilion.
"Kerajaan juga akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022.
"Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12% sekiranya Kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat.
"Kerajaan juga melaksanakan harga kawalan melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. Antara barangan yang dikawal adalah gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak peket 1kg, ayam dan telur serta RON95 dan diesel," jelas Mustapa lagi.
Selain subsidi secara terus, kerajaan juga jelas Mustapa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli itu turut memperluaskan Program Juala Murah Keluarga Malaysia (JKMM) yang menarakan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran.
Jelasnya, menerusi program di 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan itu menelan belanja RM80 juta.
"Usaha turut diambil untuk memantapkan penguatkuasaan di sempadan bagi mengawal penyeludupan barangan bersubsidi.
"Pemantauan dan penguatkuasaan bagi 480 item di 1,500 premis seluruh negara juga dilaksanakan secara harian.
"Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2018 serta Akta Persaingan 2010 turut diperkukuh," tambahnya.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo