NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chef paling lama bertugas di White House Roland Mesnier meninggal dunia

Mesnier, salah seorang chef yang paling lama berkhidmat di White House, mula bertugas pada tahun 1979 dan bersara semasa pentadbiran George W. Bush. - Fail AP

WASHINGTON: Roland Mesnier, chef pastri eksekutif di White House, Amerika Syarikat telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Kematiannya disahkan Sabtu oleh Persatuan Sejarah White House, yang memaklumkan mendiang meninggal dunia pada Jumaat, tidak lama selepas jatuh sakit.
Mesnier, salah seorang chef yang paling lama berkhidmat di White House, mula bertugas pada tahun 1979 dan bersara semasa pentadbiran George W. Bush.
Mendiang dikenali kerana kepakarannya menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat.
"Selama 25 tahun saya berada di sini, saya perhatikan anggota Demokrat biasanya makan lebih banyak daripada Republikan. Saya juga mendapati jika tetamu kebanyakannya wanita, mereka biasanya akan makan lebih banyak pastri daripada lelaki," katanya dalam satu temu bual beberapa tahun lalu.
Mesnier dibesarkan di Bonnay, sebuah perkampungan di timur Perancis dan memulakan kerjayanya sebagai perantis pada usia 14 tahun.
Dia memulakan latihan di Patisserie Maurivard di BesanƧon, Perancis, dan pernah bekerja di Paris, Hamburg dan London.
Pada tahun 1967, dia menjadi tukang masak pastri di sebuah hotel di Bermuda dan bertemu dengan isterinya, seorang guru sekolah dari West Virginia, Amerika Syarikat.
Dia berpindah ke A.S dan bekerja di sebuah resort sebelum memulakan tugas di White House.

Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo