NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awas taktik licik lelaki menyamar pegawai bank, wakil syarikat


TANJUNG MALIM: Polis sedang mengesan seorang lelaki bergiat aktif menyamar sebagai pegawai bank atau wakil syarikat di kawasan Slim River dan Tanjung Malim sebelum melarikan wang mangsa.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menerima empat laporan polis membabitkan suspek sama dengan jumlah kerugian RM9,250 antara Januari hingga Ogos lalu.

Katanya, modus operandi yang digunakan oleh suspek iaitu dengan memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat atau pegawai bank yang dilantik oleh pihak syarikat ketika di kaunter pembayaran.

"Suspek pada mulanya akan bertanyakan keberadaan pengurus kedai di kaunter pembayaran kedai terbabit.

"Selepas mengetahui pengurus kedai terbabit tidak berada di premis berkenaan, suspek akan memaklumkan kepada mangsa bahawa pengurus kedai mewakilkan beliau untuk mengutip hasil jualan di premis terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, suspek akan bergegas keluar dan menghilangkan diri dari premis berkenaan selepas menerima wang hasil jualan terbabit.

Katanya, hasil maklumat mendapati suspek sedang bergiat aktif di kawasan Slim River dan Tanjung Malim.

"Orang ramai yang ada maklumat kesalahan jenayah terbabit boleh menghubungi Bilik Gerakan 24 jam IPD Muallim di talian 05-4526999," katanya.

Beliau berkata, kes diklafikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video di media sosial membabitkan seorang lelaki menyamar sebagai wakil syarikat atau pegawai bank di sebuah premis perniagaan di daerah ini.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo